Pages

Thursday, October 29, 2009

Logo Sekolah

Penolong Kanan 3 (Ko-Kurikulum)


Nama : En. Lee See Lim
Umur : 54 Tahun
Tarikh Lahir : 29.05.1955
Tempat Lahir : Gerik , Perak
Pendidikan : MCE (1972) , Sijil Perguruan Malaysia (1981)
Jawatan : PPP Lepasan Diploma Gred DGA32 (KUP)

Penolong Kanan 2 (Hal Ehwal Murid)



Nama : Pn. Ooi Poh Keang
Umur : 50 Tahun
Tarikh Lahir : 07.08.1959
Tempat Lahir : Kuala Kangsar , Perak
Taraf Perkahwinan : Kahwin
Suami : En. Tan Hock Chai
Anak : 3 Orang (2 Lelaki , 1 Perempuan)
Pendidikan : MCE (1976) , Sijil Perguruan Malaysia (1979)
Jawatan : PPP Lepasan Diploma Gred DGA32 (Hakiki)

Penolong Kanan 1 (Pentadbiran)


Nama : Cik Phuah Siew Keng
Umur : 57 Tahun
Tarikh Lahir : 14.12.1952
Tempat Lahir : Gerik , Perak
Pendidikan : MCE (1969) , Sijil Perguruan Malaysia (1972)
Jawatan : PPP Lepasan Diloma Gred DGA32 (Hakiki)

Tuan Guru Besar yang banyak berjasa . . . .




Nama : En. Toh Chee Chong PPT

Umur : 58 Tahun

Tempat Lahir : Gerik , Perak

Taraf Perkahwinan : Kahwin

Isteri : Pn. Thong Kwai Fong

Anak : 4 Orang (3 Lelaki , 1 Perempuan)

Pendidikan : MCE (1969) , Sijil Perguruan Malaysia (1972)

Jawatan : PPP Lepasan Diploma Gred DGA38 (Guru Besar Cemerlang)




Struktur Organisasi Sekolah 2011










Piagam Pelanggan Sekolah

01. Mendidik murid-murid supaya menguasai asas 3 M yang kukuh,
berakhlak mulia dan sihat.
02. Berusaha memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua murid
dengan adil dan saksama.
03. Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan, bahan-bahan sokongan
pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.
04. Mewujudkan iklim sekolah yang konduksif, sekolah sebagai pusat
kecemerlangan.
05. Memberi nasihat dan kaunseling kepada murid yang bermasalah.
06. Bertanggungjawab atas keselamatan, kesihatan, kebersihan dan disiplin
murid -murid di sekolah.
07. Mengadakan program pemulihan untuk murid-murid yang lemah,
program pengukuhan untuk murid yang cergas.
08. Meningkatkan prestasi UPSR, sebagai persediaan masuk ke sekolah
menengah.
09. Mengadakan hubungan yang rapat dengan ibubapa, murid-murid
tua dan masyarakat.
10. Meningkatkan permaufakatan dan penglibatan masyarakat dalam
urusan pendidikan.

Wawasan Sekolah

1. Melahirkan satu generasi yang berpendidikan serta mempunyai nilai-nilai
murni yang diharapkan agar kesejahteraan negara dapat dikekalkan.
2. Melahirkan satu golongan generasi muda yang berketrampilan dan
sedar tentang kepentingan usaha mereka untuk pembangunan negara.
3. Menyedarkan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan dalam
membangunkan sebuah negara yang harmoni, maju dan berkembang.
4. Melatih kecekapan memikir serta bertanggungjawab dan berbudi pekerti
yang tinggi sesama manusia.
5. Mengkaji kelemahan-kelemahan murid dan mengatasi kelemahan-
kelemahan tersebut dengan cara yang paling sesuai.
6. Meninggikan pencapaian kelulusan murid-murid dalam semua
peperiksaan.

Matlamat Sekolah

1.Mendidikan murid-murid supaya menjadi generasi yang
berguna kepada bangsa, agama dan negara.

2.Membimbing murid-murid supaya berdisiplin dan berilmu
tinggi serta dapat mengembangkan bakat kreatif dan kritis.

3.Membina murid-murid menjadi seorang yang berguna dengan
nilai-nilai moral, keagamaan dan kemasyarakatan, menjujung
tinggi dan mendukung cita-cita negara atas prinsip-prinsip
RUKUNEGARA.

4.Berusaha dengan seberapa daya bagi memberi pelajaran dan
pendidikan yang bermutu kepada semua murid sekolah agar
dapat mencapai kejayaan dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.

5.Membolehkan murid-murid mahir dalam membaca, menulis
dan mengira.

Misi Sekolah

Bahawa sesungguhnya Misi Sekolah ini ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum untuk melahirkan insan yang berilmu , beriman , beramal , soleh dan berakhlak mulia.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan rakyat M’sia yg berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Salam Perkenalan

Selamat Datang ke blog Sekolah kami
Dari
Guru Besar SJK(C) Chung Wa , Gerik